Isnin, 21 April 2014

My Ideal Spouse :P



Haii Assalamualaikum uollss :D

Haa , hari akuu nak cerita pasal "my ideal spouse" ! Hee , sape tahu ideal spouse tuh ape ? Ada yang tahuu tak ? Ke ada yang tak tahu ? Hahahaha. Nak tahu maksudnyaa apa bukak kamus :D Malas nak cerita pepanjang. Kang meleret leret korang jugakk menyampah, ye dak ? Hehee ~
Yang boleh buat aku tetiba nak buat entry cenggini sebab aku teringat masa zaman zaman sekolah nak amek SPM duluu. Kira tahun lepas punya cerita lahh nihh. Kisahnya bermulaa masa kelas bahasa inggeris, Cikgu English aku bagi lahh tajuk tajuk spot untuk essay BI masa SPM nanti. Dalam banyak banyak banyak tajuk tuh, akuu terpandang lah satu tajuk nih. Nak tahu apa tajuk tuh ? Jom tengok !

                                                          "MY IDEAL SPOUSE"

Tengok macam gempak kann ? Tapi hakikatnyaa biasa biasa je. Haa, masa dalam kelas tuh aku taktahu jugak tau maksu "spouse" nih ape. Aku pun menjelajahlah dalam kelas tuh nak tahu maksudnyaa apa. Nak tanya cikgu masatuh, tapi entah lahh kenapa aku tak terfikir langsung nak tanyaa. Mybe ade faktor faktor tertentu. Sel sel otak aku gagal berhubung agaknyaa :3

   aku: Wehh, kau tahu "spouse" tuh apa?
   kawan: Entahlah, labuu. aku pun taktauu. Tanya Sir lahh.

Haa, setelah berjalan hampir satu kelas, baru lah timbul idea nak tanya sir. Tu pun lepas sorang hamba Allah ni suggestkan. Aku pun apa lagi terus je tanyaa.

"Sir, Spouse tuh apa? Saya macam pernah dengar tapi lupaa lahh. Tuh spesies rusa ke ?"

See ? Betapa bengapnyaa aku time tuhh. Cemana lahh aku boleh kaitkan dengan rusa. Haihh. Kritikal aku nihh -_- Okayy mesti korang tertanya tanya apa jawapan cikgu kann ?

"English please !" Gulp, speaking? Err, aku pun dengan tak confidentnyaa cakap lebih kurang cemnih lahh.

"Sir, what is the meaning of spouse? Ngee~" Benci tau nak speaking speaking bagaii.

Okayy, cikgu pun cakap lahh spouse tuh sama dengan maksud pasangan. Or orang sebut sebut couple tuhh :P

Hahaha, mesti korang harapkan ideal spouse korang cemnih kan ? Romantikk . Aumm ~

Balik pada tajuk yang aku nak cerita harinihh :) Are you ready, kids ? Oops ! Pengaruh spongebob melanda pulakk. Hahahaha. Maaf maaf ! Okayy, macam korang korang semua, aku pun ada jugak ciri ciri pasangan ideal yang kalau aku jumpa mamat cemnih memang tak carik lain lahh. Confirm ! Tak tipuu :D ayat kemain konfident. Benci tau cenggini !

First for all, aku memang tak pandang rupaa sangat lahh. Orang kata biarlah sedap mata memandang. Manis je. Hee ~ Nak tahu kenapa ? Sebab appearance will change a lot. Tak percaya ? Lantak korang lah. Nih pendapat akuu kan ? Sape kisahh. Kihkihkih. Haa, lepas nih lelaki kat luar sana tuh takpaya nak make up make macam mak jemah semata mata nak pikat perempuan ea :P Jangan ingat aku taktauu ada lelaki yg make up sebelum nak keluar rumahh. Jaga penampilan katanyaa. "katanyaa" lahh kann ~

Second, lelaki tuh mesti ada sikap tanggungjawab. Auww, melting tauu dapat lelaki cenggini. Sapa taknak lelaki yg ada sifat tanggungjawab kan ? Yelaa, cuba bayangkan korang yang penat penat bawak barang banyak sambil jalan terkedek kedek dekat shopping mall ke or bagi yg student tuh pulak masa kat kolej ataupun Universiti tuhh tetiba ada sorang mamat Handsome badan Gagah ala ala Hulk gitu datang hulurkan bantuan. Mahu pengsan kat situ kann ! Kahkahkah.

Next, aku respect gilaa kat lelaki yang setia nihh. Memang susah nak carik lelaki yang setia sekarang. So, kalau jumpa laki cemnih, confirm tak carik lain. Plus, dia hensem bak hang. Pergh, pakej kata kauu ! Haa, perempuan mana taknak lelaki yang setia kan? Meh, tunjuk muka sikit sape yg taknak lelaki setia nihh. Biar aku sagat muka dia kat jalan tar tuhh. Hahaha, kejam sangat aku nih ! Hee, *sengih sengih*
Jadi lahh kan, aku  nak nasihat kat korang korang semua yg tengah baca entry nih, kalau dah dapat pasangan yang setia, jangan lepaskan. Susah nak carik lelaki cemtuh. Hargailah mereka , okayy ? *kenyit mata*

Lagii.. aku suka sangat tengok lelaki yang penyayang tauu. Sweet je tengokk. Lagi lagi yang suka dengan budak budak. Hahaha. comel je tengok. Tapi, tuh lahh aku nih tak minat budak budak. So, kalau dapat pasangan yg suka budak budak nih kira alhamdulillah lahh :D
Aku nak ulas pasal bab sayang menyayang nih susah sikit. Pandai pandai lahh nak faham ea ? Sayangg you ! :* hee, susah tau nak dapat yang memahami cam korang korang :P

Seterusnyaa, JUJUR ! Ish ish ish nak carik yang cemnihh punya lahh susahh. Susah dia macam nak carik permata yg kecik tuh jatuh kat timbunan kaca ! Ayat aku kemain lagi kann nak menggambarkan betapa susahnyaa nak carik. Tuh lah. nak carik yang betul betul jujur dan ikhlas terima kita seadanya bukan senang. Nak kena scan 360 darjah dulu sebelum terima dia jadik pasangan. Sebab tuh lah aku prefer utk berkawan dulu sebelum nak bercinta cinta bagaii. Bila dah bercinta tuh kalau boleh nak kekal sampai ke perkahwinan. Taknaklahh terputus kat tengah jalan, terkontang kanting sorang sorang menahan perasaan. Seksa wehh ! Taknak ! Taknak !

Last yang paling paling pentingg sesangat lelaki tuh mesti lahh yang jaga agama dia ! Haa, baru lahh dunia akhirat kita terjamin. Isteri kan kena patuh dengan suami. So, bila suami tuh yg jenis jaga bab bab agama nih mestilah dia tegas kan bila isteri dia buat kemungkaran ? Jadi, kat sini lah tanggungjawab seorang suami tuh terserlah ! Hahahaha. Aku dah masuk bab kahwin nih. Ngee ! Malu laa. Tak suka tak suka ! :3
Dahh, terserlah pulak kegedikan aku. Argh, pedulik kan semua tuhh ! Kihkihkih

So, korang dah tahu kan "my ideal spouse" aku kann ? Hehee, demand lebih kan aku nihh ? pedulik hape akuu. Yang penting aku dah list kann ciri ciri yang aku nak. Lepasnih kalau nak kat aku pastikan ciri ciri nih ada. Eh ? Tak tak. Gurau je. Jodoh pertemuan kan semua datang dari Allah. Jadi, terima je lahh. Hehehe, rasa nak isi borang ke ? Hahaha. Maaf. Kaunter telah tutup. Sila ke kaunter lain ya ? Hee, aku taknaklah cinta cinta buat masa sekarang nihh. Buat pening kepala je.

Aku harapkan hubungan yang halal macam nihh :*
Semua halal ! Eh ? In Shaa Allah. Tiada yang mustahil kan ? :)

1 ulasan :

  1. Aumm ,, kita pown nak macam akaq lah .. yg mampu bimbing kita ke jalan yg benar .

    BalasPadam

Spinning Pink Star With Falling Stars